Friday, October 27, 2017

Adriel in Mummy's Tummy

Adriel in mummy's tummy. Jom nak share perkembangan Adriel sepanjang 9 bulan aku mengandung.


Assalamualaikum.

     Muhammad Adriel Arfan nama diberi. 1st baby and he is boy, tak kisah boy ke girl, asalkan sihat sempurna cukup sifat. Alhamdulillah.

     Sembilan bulan mengandungkan Adriel, alhamdulillah takde apa-apa masalah. Semuanya baik-baik saja. Aku naik berat sampai 76kg dari 62kg masa tak pregnant. Banyak kan, aduh risaunya nanti tak slim balik macam sebelum ngandung huhu. Setiap bulan check up pun takde masalah, sekali je terkena gula tinggi, tapi tu sebab pemakanan ye bukan sebab kencing manis huhu. Tarikh untuk Adriel keluar dijangka pada 12 Mac 2017. 

     Ok dah nak sampi due date bersalin, aku kerap sakit dekat ari-ari, tapi tak tau la sakit contraction atau sakit sebab baby dah bawah. Malam-malam pun kerap rasa sakit macam tu, bila check dengan dr Kak Na, katanya belum lagi tu. So aku bairkan jela. Sampaikan pernah jadi kat ofis sakit macam tu, trus call husband dan terus dia datang bawa aku pegi GKL. Maklum dekat dr Kak Na, dia suruh terus pegi ke labour room. Masa dekat labour room, nurse pasang alat untuk untuk detect contraction tu dalam setengah jam. Aku dok relax la situ ditemani husband yang masih dok sibuk-sibuk dengan keje. Dr Kak Na datang check, dia cakap takde lagi kesan contaction, so sakit tu sebab Adriel dok tolak-tolak ke bawah la tu. Selesai semua, aku balik la rumah. Rupanya family IL kat rumah dah stanby takut aku dah sampai time nak bersalin.huhu.

dari ofis terus ke labour room GKL sebab sakit. tapi belum lagi rupanya...
Sakit macam tu berlarutan sampailah EDD aku. Takde lagi tanda Adriel nak keluar.

     Aku decide untuk induce sebab dah lepas EDD untuk Adriel lahir. 14hb Mac 2017 jam 9 malam aku admitted dan terus ke labour room. Jam 11 malam masuk ubat dan jam 1 pagi dah mula rasa sakit. Allah sahaja yang tahu sakitnya tu.   Sekali contrtaction tu datang, memang tak tau nak cakap macam mana rasa sakit tu. Decide jugak untuk masukkan epidural sebab aku memang tak boleh nak tahan. Pukul 7 pagi barulah pakar bius datang untuk inject epidural. Ok doktor garang tau, aku yang tengah sakit tu macam tak berani nk cakap sakit...huhu. Beberapa minit lepas masuk epidural, segala sakit hilang. Tak rasa macam nak bersalin pun. So tunggu jela bukaan sampi maximum untuk aku push Adriel. Tapi malangnya, sampai jam 5 petang, bukaan jalan hanyalah 5cm sahaja dan dr Kak Na decide suruh operate sebab air ketuban dah pecah lama pagi lagi, so takut effect baby. Aku setuju je sebab aku pun dah tak bermaya dan pikirkan untuk Adriel cepat keluar je.

First time dalam gidup admit hospital.

Husband pun tak senang duduk..huhu
     6.30 petang aku ditolak ke dewan OT ditemani husband. Lega rasa sebab di boleh teman aku sepanjang tempoh pembedahan tu. Rasa nervous takut tu tak yah cakap la, menggigil sepanjang pembedahan sampai la Adriel keluar. 7.30 malam selepas sejam masa OT, alhamdulillah keluarlah seorang babyboy yang sangat comel. Suara satu dewan tu dengar, kuat sangat. Nangis happy aku, macam tak percaya. Rupanya tali pusat terbelit leher Adriel, patut la dia tak boleh keluar cara normal. Alhamdulillah selamat semuanya.

fresh from oven!
     Selesai operation, sejam selepas aku ditolak ke bilik. Ramai dah menunggu, terharu rasa. Ramai dah tak sabar nak tengok baby Adriel. 

Day 1. beberapa jam selepas dilahirkan.

     4 hari aku dekat GKL, saja husband nak bagi rest tu sebab dia bagi aku dekat hosp lama sikit. Baby bila malam nursery jagakan, memang diorang nak bagi mummy-mummy rest.

Day 2
     Pengalaman yang sangat indah, memang tak boleh dilupakan. Adriel sekarang pun dah 7 bulan +. Be a good boy Adriel sayang, semoga menjadi anak soleh di masa hadapan.    

Thursday, October 26, 2017

Baby Sado Mommy Demam Panas

Assalam semua. Siapa kat sini dah jadi ibu? Mesti banyak pengalaman dan pengajaran kan sepanjang tempoh menjadi seorang ibu ni.
 
     Berat tanggungjawab seorang ibu sebenarnya, bukan mudah nak jaga, nak didik anak-anak. Bila anak tak sihat, ibu bapa yang tak tido malam kan. Memandangkan aku pun dah ada Baby Adriel, memang aku merasa semua tu. Time dia demam, merengek-rengek kesiannya tengok. Dalam keadaan cuasa yang tengah panas terlampau sekarang ni, Baby Adriel demam. Alahai kesiannya anak mommy.

     Petang Selasa lepas masa aku balik keja, terus la terkam dekat si Adriel, panas kepala. Tapi ingat panas biasa la sebab cuaca sekarang kan. Suruh bibik mandikan, basahkan kepala bagi banyak air sikit dan bagi dia makan dan minum macam biasa. Adriel pun ok, takdelah nak merengek ke nangis ke. Normal je dia macam selalu, so aku pun tak terfikir la dia nak demam. Bila malam, panas makin tinggi, aku terus bagi ubat. Then sejam lepastu dia tido.

Sado tak saya? 😆
     Besoknya masa dekat ofis, MIL call bagitau Junior demam, Aku cakap aku dah tau and dah bagi dia ubat semalam, dan minta tolong untuk MIL bagi lagi ubat setiap 4 jam. Balik keje petang Rabu tu, Adriel masih lagi panas, keep bagi ubat, letak cool fevel dekat dahi, tengkok, belakang, celah tiak semua. Siap tidokan dia atas bantal ice pack from cool fever tu. Adriel tido, lena alhamdulillah. Aku pun tertido masa tu. Tapi dalam pukul 1230 ke pkul 1 pagi tu, Adriel terjaga. Dia mengigil dan badan panas. Terus aku dan husband bawa dia pegi GKL nak check sebab risau takut melarat.

     Sampai GKL, jumpa Dr dah check semua, Dr tengok tekak Adriel merah dan dah bengkak sikit. Patutlah dia tak selesa je, minum susu pun asyik tolak-tolak je. Sakit tekak rupanya dia. Suhu time check 39darjah, tinggi jugak tu. Nasib tak kena warded, so mommy monitor dari rumah je. Hmm risau-risau, lahai baby mommy. Dr bagi ubat demam dan antibiotik utk tekak dia tu. Satu lagi ubat untuk insert tu tapi bila terlalu heat je la.

dekat emergency GKL. good boy baby mommy tak nangis-nangis time menunggu tu
Bangun tadi pagi nak pegi keje, Adriel masih panas."Sorry sayang baby, mommy kena pegi ofis kejap ye. Tapi balik awal. Bisik-bisik dekat dia yang masih tido lena tu".

Ok tak sabar tunggu bos keluar pegi meeting, aku nak balik jumpa baby boy tu. Harap-harap dah kurang panas tu. 




**mommy sempat menulis time-time rehat dekat ofis. rehat kan....

Wednesday, October 25, 2017

Review : Perfume Bvlgari Omnia Coral

Hello, hai...assalamualaikum..

     Siapa dekat sini yang tak suka wangi-wangi. Mana la ada kan, mesti semua suka perfume, suka nak wangi-wangi. Perfume apa yang korang paling suka? hmm kalau aku, setakat sekarang ni perfume yang paling best aku pkai Chanel Coco dengan Miss Dior from Christian Dior. Dua ni bau dia memang best. Perfume lain-lain lagi tu ada la, semua wangi-wangi jugak. Takkan la kita nak beli perfume yang bau tak best kan.

     Latest, terasa nak pkai perfume Bvlgari Omnia Amethyste yang color purple tu. Banyak review yang cakap perfume tu the best dalam keluarga Bvlgari ni. So dah dua kali tengok tapi tak jadi beli. Last week husband outstation, so pesan dekat dia balik nanti masa dekat airport tolong belikan perfume tu. So done bab memesan haha. Tiba hari husband balik dari outstation, ok balik rumah tengok atas almari makeup dlu, yeay ada paperbag Eraman Duty Free tu and yes perfume dalam tu huhu. Tapi ala, memang Omnia tapi bukan purple, color pink rose tu. Its ok la, taknak komplen kan sebab orang dah beli. Yang husband beli adalah Bvlgari Omnia Coral, wangi jugak bau dia. Best! 
      Ok tu Bvlgari Omnia Coral. Bau dia wangi tak jauh beza pun dengan Omnia Amethyste. Tak kecewa la dapat yang ni pun huhu. Bvlgari Omnia Coral EDT memberi haruman manis yang lembut campuran dari bunga dan buah-buahan yang sesuai dipakai pada masa-masa panas macam sekarang ni. Gabungan beberapa jenis Berries, Hibiscus dan Bunga Lily yang membuatkan pemakai rasa fresh je dan orang yang bau tu pun rasa best je. Ini sebab bila aku pakai, orang yang bau cakap bau dia best huhu. Bau dia tahan lama, memang tak tipu. So boleh la kalau nk cuba-cuba perfume ni ok. Recommended!
awal-awal rasa sayang nak pakai, tapi bila dah pakai spray satu badan tak hengat! huh

Selamat membeli dan memakai.

    

Friday, October 20, 2017

Resepi : Sambal Udang Petai

Assalamualaikum.

Sambal tumis adalah salah satu lauk kegemaran aku. Tak kisah la sambal apa pun, semuanya suka. Paling sedap sambal udang, tapi bila campur lagi pulak dengan petai, wow lagi marrveless hingga menjilat jari 😋😋.

     Petang semalam balik kerja, mama (MIL) cakap masak nasi lemak sebab ada kelas mengaji so boleh bagi ustaz makan sekali. Kalau dah nasi lemak tu, sambal tu wajib ada la kan. Selalunya buat sambal kosong. Tapi semalam buat sambal petai udang makan dengan nasi lemak. Hmm sedapnya. Petainya pulak memang cantik je, sesedap rasa la semua. 

Tengok gambar bawah tu, sedapnya kan. Tengok pun sedap, kalau makan memang lagi sedaplah. Selalu buat kuah kering sikit, tapi ni sebab nak makan dengan nasi lemak, kita tambah kuah dia sikit ye.

Sedapkan...nyummm!!
     Tak susah pun kalau nak masak sambal tumis ni. Masak pun sekejap je, campak-campak je...cewaahhh hahaha. Dapat udang besar sikit yang fresh pulak tu, pastu campur dengan petai gemok-gemok macam atas tu, memang makan tak toleh kiri kanan dah. Orang cakap, kalau mak mertua lalu pun tak nampak dah huhu..

Ok jom aku share resepi sambal udang petai style SaraZaini.
______

Bahan-bahan :

*Kisar
Cili kering 
Bawang Besar - 4 ulas
Bawang Merah - 3 ulas

Minyak Masak - secukupnya
Udang - 20ekor (saiz sederhana)
Petai - dibelah 2
Bawang Besar - Potong bulat
Gula - 3 sudu besar
Garam - 1 sudu kecil
Maggi Cukup Rasa 
Air Asam 
Air

Cara Masak :

1. Goreng terlebih dahulu udang hingga suku masak dan ketepikan.

2. Tumiskan bahan kisar di atas bersama minyak masak yang secukupnya. Sebab kalau tak cukup minyak pun, nanti sambal tu tak cantik teksturnya. 

3. Masukkan garam, gula secukup rasa. Kalau kurang tambah. Aku masukkan jugak perencah maggi cukup rasa tu sikit sebab nak bagi lagi sedap. Masak sambal sehingga cili betol-betol masak dan pecah minyak. (api jangan terlalu kuat)

4. Masukkan sedikit air asam dan juga air untuk tambah kuah. 

5. Setelah kuah sambal sebati bersama air asam tadi, masukkan udang yang telah digoreng.

6. Masukkan petai yang telah dibelah dua (tak kisah kalau nak masuk sebiji-sebiji atau potong nipis).

7. Gaul dan biarkan seketika sehingga petai dan udang masak (jangan terlalu lama). Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Gaul-gaul dan tutup api.

8. Siap dan sedia untuk dimakan.
______

So siaplah resepi sambal udang petai versi SaraZaini. Sedap dimakan kalau tambah lauk ikan temenung goreng atau telur dadar. Nyummy!!

Selamat mencuba ye. Byee.




Tuesday, October 17, 2017

Pengalaman mengandung yang no 1, Baby Adriel

Assalamualaikum.

     Cerita pengalaman pregnant ni, aku memang first time la. Aku kahwin pada Mac 2016, then mengandung Jun 16. Sempat la honeymoon 2 bulan 😍.

     Ok masa baru dapat tahu tu, memang excited la. Rahsiakan dulu dari husband kononnya nk suprise, tapi tak boleh simpan lama pun, pastu trus excited bagitau dia. Sebab memang nak baby time tu..huhu. Pegi Check dengan doc dekat klinik area Ampang tu, ok confirm dah 2minggu usia kandungan.

Tadaaaa.....
Hi Baby 👶
     Family semua pun excited, tambah-tambah lagi side aku la sebab cucu pertama. Untuk follow up dan checkup seterusnya aku pegi Gleneagles KL dan setkan appointment dengan Dr. Adzlina Jaafar, Pakar Gynae dekat GKL. Sangat soft spoken orangnya, baik...hmm memang suka la dia. Tak pernah miss la tiap bulan date dgn Dr. Kak Na..hehe
Ni masa first time checkup dkt GKL. Perut time tu baru sebulan.
     Sepanjang tempoh pregnant, takde pulak alahan yang teruk-teruk. Mengidam yang bukan-bukan pun takde. Alhamdulillah untuk encik husband. Cuma cepat lapar dan kerap makan la. Pernah sekali gula tinggi masa pegi checkup. Punca sebab pagi tu breakfast kuih keria gula melaka yang tengah viral masa tu dengan minum air ribena. hmmm memang mengundang la kan huhu... Lepas tu mulalah pulun minum air kosong banyak-banyak dan hasil untuk checkup seterusnya dan sampai bersalin, gula clear. 

     Sampai bersalin pun takde masalah dengan kandungan. Cuma time nak bersalin je menunggu lama sikit. Ok kita cete dekat next entry ok. Tungguu... 😊

Bye.

Kembali menulis..

Assalamualaikum..

Permulaan baru..Dulu aku pernah menulis blog tapi macam saja suka-suka je. Then trus berhenti pertenganhan jalan. Sekarang ni terasa nak menulis balik, nak bercerita dan berkongsi pengalaman kehidupan..huhu

Dulu masa mula menulis, masih bujang lagi. Sekarang dah ada anak sorang, my Babyboy. Dulu masih muda remaja, sekarang pun muda remaja lagi tapi tua dah sikit la 😁. Alhamdulillah.

Ok nanti sambung cerita lagi...baru nak start panas enjin menulis ni huhu...

Byee!