Adriel in mummy's tummy. Jom nak share perkembangan Adriel sepanjang 9 bulan aku mengandung.
Assalamualaikum.
Muhammad Adriel Arfan nama diberi. 1st baby and he is boy, tak kisah boy ke girl, asalkan sihat sempurna cukup sifat. Alhamdulillah.
Sembilan bulan mengandungkan Adriel, alhamdulillah takde apa-apa masalah. Semuanya baik-baik saja. Aku naik berat sampai 76kg dari 62kg masa tak pregnant. Banyak kan, aduh risaunya nanti tak slim balik macam sebelum ngandung huhu. Setiap bulan check up pun takde masalah, sekali je terkena gula tinggi, tapi tu sebab pemakanan ye bukan sebab kencing manis huhu. Tarikh untuk Adriel keluar dijangka pada 12 Mac 2017.
Ok dah nak sampi due date bersalin, aku kerap sakit dekat ari-ari, tapi tak tau la sakit contraction atau sakit sebab baby dah bawah. Malam-malam pun kerap rasa sakit macam tu, bila check dengan dr Kak Na, katanya belum lagi tu. So aku bairkan jela. Sampaikan pernah jadi kat ofis sakit macam tu, trus call husband dan terus dia datang bawa aku pegi GKL. Maklum dekat dr Kak Na, dia suruh terus pegi ke labour room. Masa dekat labour room, nurse pasang alat untuk untuk detect contraction tu dalam setengah jam. Aku dok relax la situ ditemani husband yang masih dok sibuk-sibuk dengan keje. Dr Kak Na datang check, dia cakap takde lagi kesan contaction, so sakit tu sebab Adriel dok tolak-tolak ke bawah la tu. Selesai semua, aku balik la rumah. Rupanya family IL kat rumah dah stanby takut aku dah sampai time nak bersalin.huhu.
 |
dari ofis terus ke labour room GKL sebab sakit. tapi belum lagi rupanya... |
Sakit macam tu berlarutan sampailah EDD aku. Takde lagi tanda Adriel nak keluar.
Aku decide untuk induce sebab dah lepas EDD untuk Adriel lahir. 14hb Mac 2017 jam 9 malam aku admitted dan terus ke labour room. Jam 11 malam masuk ubat dan jam 1 pagi dah mula rasa sakit. Allah sahaja yang tahu sakitnya tu. Sekali contrtaction tu datang, memang tak tau nak cakap macam mana rasa sakit tu. Decide jugak untuk masukkan epidural sebab aku memang tak boleh nak tahan. Pukul 7 pagi barulah pakar bius datang untuk inject epidural. Ok doktor garang tau, aku yang tengah sakit tu macam tak berani nk cakap sakit...huhu. Beberapa minit lepas masuk epidural, segala sakit hilang. Tak rasa macam nak bersalin pun. So tunggu jela bukaan sampi maximum untuk aku push Adriel. Tapi malangnya, sampai jam 5 petang, bukaan jalan hanyalah 5cm sahaja dan dr Kak Na decide suruh operate sebab air ketuban dah pecah lama pagi lagi, so takut effect baby. Aku setuju je sebab aku pun dah tak bermaya dan pikirkan untuk Adriel cepat keluar je.
 |
First time dalam gidup admit hospital. |
 |
Husband pun tak senang duduk..huhu |
6.30 petang aku ditolak ke dewan OT ditemani husband. Lega rasa sebab di boleh teman aku sepanjang tempoh pembedahan tu. Rasa nervous takut tu tak yah cakap la, menggigil sepanjang pembedahan sampai la Adriel keluar. 7.30 malam selepas sejam masa OT, alhamdulillah keluarlah seorang babyboy yang sangat comel. Suara satu dewan tu dengar, kuat sangat. Nangis happy aku, macam tak percaya. Rupanya tali pusat terbelit leher Adriel, patut la dia tak boleh keluar cara normal. Alhamdulillah selamat semuanya.
 |
fresh from oven! |
Selesai operation, sejam selepas aku ditolak ke bilik. Ramai dah menunggu, terharu rasa. Ramai dah tak sabar nak tengok baby Adriel.
 |
Day 1. beberapa jam selepas dilahirkan. |
4 hari aku dekat GKL, saja husband nak bagi rest tu sebab dia bagi aku dekat hosp lama sikit. Baby bila malam nursery jagakan, memang diorang nak bagi mummy-mummy rest.
 |
Day 2 |
Pengalaman yang sangat indah, memang tak boleh dilupakan. Adriel sekarang pun dah 7 bulan +. Be a good boy Adriel sayang, semoga menjadi anak soleh di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment